Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bius Sampai Pengsan, Lelaki Rekrut 50 Lelaki Untuk R*gol Isteri

Gempak
22/09/2024 21:55 MYT
Seorang daripada puluhan lelaki yang didakwa memperkosa wanita Perancis yang dibius pengsan oleh suaminya memberitahu mahkamah pada Khamis bahawa dia menyedari ada sesuatu tidak kena ketika pertemuan mereka yang diakui sebagai serangan seksual.

50 Lelaki Dituduh Merogol

Defendan, seorang pekerja pasar raya berusia 44 tahun dan bapa kepada tiga anak antara 50 lelaki yang didakwa atas pertuduhan rogol beramai-ramai terhadap wanita itu yang menjadi kes yang menggerunkan di Perancis.

Suami mangsa mengaku membius isterinya sehingga tidak sedarkan diri dan mengajak orang yang tidak dikenali untuk memperkosa wanita itu.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Lionel R, mengaku di mahkamah bahawa dia memperkosa wanita itu pada 2 Disember 2018, namun mengatakan itu bukan niatnya.

"Memandangkan saya tidak pernah mendapat persetujuan dari dia (mangsa), saya tidak mempunyai pilihan selain menerima kenyataan," katanya kepada mahkamah.

Defendan Mohon Maaf

Dia juga memohon kepada wanita berusia 71 tahun itu untuk memaafkannya walaupun tahu ia sudah terlambat.

"Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti kamu dan saya melakukannya.

"Sangat mengerikan untuk berfikir bahawa saya adalah sebahagian daripada mimpi ngeri ini. Permintaan maaf ini tidak akan mengubah apa-apa, tetapi saya tetap mahu memberitahu kamu," katanya dengan tenang.

Wanita itu yang menjadi ikon feminis sejak menuntut perbicaraan awam, pada hari Rabu berkata dia berasa terhina dengan cadangan daripada beberapa peguam bela bahawa dia sudah memberikan persetujuannya.

"Tidak, tidak ada jenis rogol yang berbeza. Rogol adalah rogol," katanya.

BERITA TRENDING: Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

​BERITA TRENDING:Guru Wanita Dicekup Berkhalwat Dengan Rakan Sekerja Di Dalam Kenderaan

​BERITA TRENDING:Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

​BERITA TRENDING: Wanita Didera, Dikurung Dalam Kandang Babi Lebih Lima Tahun

Perbicaraan itu menggemparkan Perancis. Seramai 49 defendan bersama didakwa memperkosa atau cuba merogol wanita itu.

Sumber: Harian Metro

#Berita #Jenayah #Rogol #Dunia