gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Bkay Nair Bakal Hasilkan Filem Dokumentari Batik - "Banyak Kisah Menarik Dan Disiplin Pembatik"

gempak
Amri Hassan
25/11/2024
15:45 MYT
Sponsor Banner
Bkay Nair Bakal Hasilkan Filem Dokumentari Batik - "Banyak Kisah Menarik Dan Disiplin Pembatik"
Pelakon dan usahawan selebriti, Bkay Nair merancang untuk menerbitkan sebuah filem dokumentari mengenai seni batik.

BERITA TRENDING: Bkay Nair Sibuk Uruskan Perniagaan, Masih Aktif Dunia Seni - “Kalau Ada Peluang Berlakon, Saya Sedia Terima”

Kata Bkay, penerbitan mengenai dunia batik serta pembatik akan dihasil sekitar tahun depan.
"Saya dan pasukan merancang untuk menerbitkan sebuah dokumentari dengan menampilkan pembatik di seluruh negara serta bercerita mengenai tekstil ini.
"Banyak kisah menarik mengenai batik termasuk disiplin menghasilkannya, rekaan dan jenis serta warna yang digunakan akan dikongsikan.
"Malah ada yang kita sendiri tidak tahu seperti eksperimental batin yang dihasilkan mengikut mood tukang canting batik atau pembatik itu sendiri serta bahan organik yang digunakan untuk lukisan tekstil," katanya.
Bkay yang juga model dan pereka fesyen berkata demikian pada majlis Malaysia Heritage Showcase yang berlangsung Sabtu lalu menampilkan pelbagai koleksi batik.

BERITA TRENDING: Batik, Songket, Sutera, Sari Malaysia Setanding Antarabangsa! Bkay Nair Intai Pengiktirafan UNESCO

Fokus utama pertunjukan fesyen yang diadakan itu ialah menampilkan 33 sari dari tekstil batik di mana 15 rekaan (My Pride) adalah hasil canting tangan banduan daripada empat penjara Malaysia iaitu Marang, Pangkalan Cepur, Kajang, dan Machang.
Tambahnya, pihaknya juga akan memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengiktiraf dan merekodkan tekstil identiti Malaysia itu.
"Saya mahu supaya UNESCO mengiktiraf sari yang diperbuat dari tekstil Malaysia iaitu batik menggunakan seni Canting tangan dan juga mesin.
"Untuk sari batik canting tangan juga eksklusif di mana hanya satu rekaan dihasilkan bagi satu sari," katanya.
Terdahulu pada majlis anjuran Bkay Nair Resources milik pelakon filem Ratu The Movie itu, 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka Malaysia, dengan 33 daripadanya ialah sari batik dipersembahkan.
Empat anugerah iaitu Anugerah Visi Muda (Sharleen David), Anugerah Keteguhan dalam Rekaan (My Pride), Anugerah Corak Inovatif Terbaik (Munir - Dimu Designs) dan Anugerah Warisan Budaya (Linda Isa) turut disampaikan dalam menghargai mereka mengajar tekstil tempatan.
Bkay yang juga Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia, Malaysian Heritage Showcase terus menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam industri fesyen global.
Topic Berkaitan
#Dokumentari
#Sari
#Batik
#UNESCO
#Bkay Nair
#Batik Sari
Must-Watch Video