Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Black & White Challenge, Bukan Sekadar Cabaran Gambar Hitam Putih

Badrul Hashim 03/08/2020 | 11:25 MYT
Kalau anda mempunyai Instagram, anda pasti melihat gambar hitam putih yang dikongsikan tidak kiralah oleh selebriti ataupun orang biasa.
Ianya merupakan kempen dengan tanda pagar @#WomenSupportingWomen untuk meningkatkan kesedaran tentang peningkatan pembunuhan kehormatan (honour murders) yang dilakukan terhadap wanita bukan sahaja di Turki tetapi di seluruh dunia.
Menurut Lauren Grace Harding, seorang blogger fesyen daripada Australia, 'honor murders semakin meningkat dan bukan sahaja berlaku di Turki, tetapi di seluruh dunia.
"Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang peningkatan dalam 'honour murders' yang berlaku bukan sahaja di Turki tetapi di seluruh dunia.
"Gambar hitam putih wanita yang dibunuh ditayangkan dalam bentuk hitam putih di kaca televisyen," tulis Lauren.
Pembunuhan kehormatan ini selalunya dilakukan oleh ahli keluarga kepada wanita di dalam keluarga tersebut yang didakwa membawa malu dan menjatuhkan kehormatan keluarga.
"Mari bersama-sama menuntut agar undang-undang dilaksanakan di Turki dan negara-negara lainnya untuk melindungi wanita-wanita ini. Tidak ada orang berhak untuk mengambil nyawa orang lain," tulis Lauren lagi.
Pembunuhan kehormatan sering terjadi kepada wanita yang menjadi mangsa rogol, enggan berkahwin dalam perkahwinan yang dirancang, perkahwinan kanak-kanak, mempunyai teman lelaki dan sebagainya.
#BlackAndWhiteChallenge #WomenSupportingWomen
;