Gaya Hidup
BlackBerry Messenger Ucap Selamat Tinggal, Tutup Operasi 31 Mei Ini
Aplikasi penghantaran mesej, BlackBerry Messenger (BBM) bakal menghentikan operasinya pada 31 Mei ini.
Mengumumkan perkara itu di blog mereka, penutupan BlackBerry Consumer Service itu ekoran daripada masyarakat dunia lebih memilih aplikasi penghantaran mesej yang popular.
Pastinya lebih ramai pengguna memilih untuk menggunakan WhatsApp, Telegram dan Facebook Messenger untuk berhubung hingga membuatkan BBM tidak lagi diberi perhatian.
"We poured our hearts into making this a reality and we are proud of what we have built to date," tulis mereka di blog terbabit.
Aplikasi yang popular sekitar tahun 2000-an ini dilihat tidak berkembang dengan baik dan tidak mampu bersaing lagi.
Creative Media Works Pte. Ltd (CMW) yang menandatangi perjanjian lesen BBM juga sudah menutup pejabat mereka di Kanada, Dubai dan Singapura pada akhir tahun 2018.
Bagi anda yang menggunakan BBM, sila 'back-up' fail seperti dokumen, gambar, video, audio dan sebagainya yang disimpan di dalam BBM dalam masa tujuh hari selepas server dimatikan pada 31 Mei ini.