Jika dahulu lagu Kiss and Makeup nyanyian Dua Lipa dan Blackpink mendapat sambutan peminat, tidak mustahil jika Blackpink mampu mencipta fenomena lagi jika bergandingan dengan mana-mana penyanyi terkenal di Amerika Syarikat.

Terbaharu kumpulan yang popular dengan lagu Kill This Love itu dikhabarkan akan berduet bersama penyanyi pop terkenal, Ariana Grande, lapor Astro Awani.

Sudah pasti berita ini merupakan satu berita yang sangat dinantikan oleh Blinks dan peminat Ariana sendiri.

Menurut laporan media antarabangsa, perkara ini mula menjadi perbualan peminat apabila komposer lagu Thank You, Next dan 7 Rings iaitu Tommy Brown memuat naik foto dia bersama Blackpink.

Namun dalam muat naik tersebut Tommy tidak memberikan sebarang info secara terperinci mengenai projeknya bersama Blackpink.

Apa yang lebih menarik menerusi satu gambar di Instagram milik Tommy, salah seorang ahli Blackpink, Jennie meninggalkan komen iaitu sudah "mula merindui kamu semua".

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang pengesahan mengenai kerjasama ini.

Jika berita ini benar, sudah pasti peminat-peminat mereka tidak sabar menunggu hasil lagu tersebut.

New member of @blackpinkofficial I know I’m your favorite ?

A post shared by Tommy Brown (@tbhits) on


Sumber: Astro Awani