Episod pertama Gossip Girl Indonesia minggu lalu telah menyaksikan Blair serta rakan-rakan terkejut apabila sahabat sewaktu mereka kecil iaitu Serena kembali setelah setahun.

Kemunculan Serena selepas setahun itu nampaknya kurang mendapat sambutan dari Blair yang sering iri hati dengan dirinya sejak dahulu lagi.

Malam ini pasti ramai yang menantikannya kerana banyak konflik dan drama yang akan berlaku terutama hubungan persahabatan Blair dan Serena.

Ketika majlis mengumpul dana Chicco telah berlaku sesuatu sehingga ia menjadi kecoh.

Mana tidaknya Blair telah membocorkan rahsia sulit Serena kepada Danny. Rahsia itu telah mengejutkan Danny sehingga dia berana ‘turn off’ kepada Serena.

Serena tidak menyangka Blair sanggup berbuat demikian sehingga hubungannya dengan Danny menjadi keruh.

Namun apakah rahsia yang dibongkar itu sehingga berlaku pergaduhan besar di antara Serena dan Danny?
Saksikan Gossip Girl Indonesia episode dua yang akan ditayangkan pada jam 9 malam ini di Astro Citra, Astro Go dan On Demand.

Drama siri popular Amerika Syarikat terbitan Warner Bros, Gossip Girl yang memaparkan kisah remaja dari keluarga sosialit di Manhattan telah diadaptasi dalam versi Indonesia dengan menggunakan tajuk ‘Gossip Girl Indonesia’, dan kini temui penonton Malaysia buat pertama kali menerusi platform Astro.

Drama bersiri 9 episod tersebut telah pun memulakan tayangannya pada 7 Februari lalu dan boleh ditonton di On Demand serta Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Gossip Girl Indonesia dibintangi oleh Amanda Rawles (yang sebelumnya membintangi filem Jailangkung) sebagai Serena Darsono, Baskara Mahendra (pelakon filem The Way I Love You) sebagai Denny Hakim, Jihane Almira (Ayat-Ayat Cinta 2)sebagai Blair Hadiningrat, Tatyana Akman (Ini Kisah Tiga Dara) sebagai Vanessa, Arya Vasco (Death Whisper) sebagai Nathaniel Siregar, Jerome Kurnia (Photocopier) sebagai Chicco Salim, Rayssa Dynta sebagai Jenny Hakim.

Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena
Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa,
Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah
menghilangkan diri tanpa khabar berita. Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil
tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan
tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram
terkenal @GossipGirl.Indo.

Strim drama siri Gossip Girl Indonesia di On Demand atau Astro GO. Penonton juga boleh menonton
di Astro Citra, saluran 108 setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On
Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang drama ini menerusi akaun Instagram, Facebook,
Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.