Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Blake Lively Pernah Rasa Pakaian Berjenama Tak Membantu Buang Rasa Rendah Dirinya

Maliah Surip
02/02/2021 14:20 MYT
Aktres Blake Lively yang cukup terkenal dengan bentuk badan menawannya baru baru ini mengaku dirinya mengalami dilema dan insecure tentang dirinya sendiri.

Perasaan rendah diri dan insecure itu menghantuinya selepas dia melahirkan anak ketiga. Lively berasa bentuk badannya telah banyak berubah selepas melahirkan anak.

Hal itu sekaligus membuat dia berasa pereka pakaian 'tidak berlaku adil' kerana tidak menghasilkan pakaian yang boleh digayakan oleh semua saiz badan, termasuk buat wanita selepas melahirkan.

Perkara itu dikongsikan wanita berusia 33 tahun ini dalam kemas kini terbaharu di akaun Instagramnya menerusi Insta Story pada Jumaat lalu.

Menerusi foto yang dkongsi sewaktu dia menghadiri temubual dalam acara The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada tahun 2020, tak lama selepas melahirkan anak ketiga, Betty. Lively mengaku dia berasa cukup tak tenteram.

Walaupun tersenyum manis, dia mengatakan masih mengingati bagaimana sukar mencari pakaian untuk membantu memberi keyakinan diri untuk muncul di khalayak ramai.

"Tak ada yang nampak menarik untuk saya gayakan selepas melahirkan anak. Saya menggabungkan pakaian terbaik saat itu, t shirt @lavinoffical shirt dan gaun @netaporter untuk membuat saya kelihatan cantik selepas banyak pakaian yang saya rasa tak muat atau cantik digayakan.

"Waktu itu saya keliru. Walaupun menggayakan pakaian berjenama namun ia belum tentu dapat menutup kekurangan pada badan," tulisnya seperti dilaporkan CNN.

Perasaan insecure isteri aktor Ryan Reynolds itu bagaimanapun kini sudah berubah. Dia mula mendapat keyakinan diri.

"Saya berharap memiliki keyakinan itu setahun yang lalu, pada badan yang telah melahirkan anak anak saya. Ia sebenarnya sebuah keajaiban yang indah. Mengapa saya perlu berasa insecure pada saat sepatutnya saya perlu berbangga?

"Hanya kerana saya tak muat lagi memakai pakaian? Betapa bodohnya pemikiran itu," keluh Lively.

Kini Lively menikmati bentuk badannya walau tidak seperti dulu lagi. Dia juga bersyukur kerana sudah banyak jenama menghasilkan pakaian yang boleh digayakan oleh semua wanita dalam pelbagai saiz dan bentuk tubuh.

Kredit Foto: Vogue, People



#Hollywood #Hamil #Blake Lively #Jenama #Insecure #Tak Cantik
;