Blake Shelton Belum Sedia Menjadi Bapa

Zulaikha Yusof
Ogos 16, 2018 10:07 MYT
Penyanyi Blake Shelton mengakui keterujaannya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa sudah terhenti.
Setelah berhadapan dengan anak-anak Gwen dari hasil perkahwinan terdahulu, Blake memberitahu dia belum bersedia untuk menjadi seorang bapa.
"Alasannya sebab tak cukup tangan untuk menjaga anak-anak Gwen dan kini dia seronok dengan kehidupannya kini," kata sumber terdekat.
Menurut Hollywoodlife.com, sebelum ini Blake Shelton berasa tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri bersama isterinya, Gwen Stefani.
Blake dan Gwen mula bercinta sejak 2015 dan mengambil keputusan untuk berkahwin pada Jun lalu.
Sumber: Hollywoodlife.com
#Gwen Stefani #Blake Shelton