Viral

Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?

gempak
Firdaus
14/05/2024
16:25 MYT
Sponsor Banner
Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?
Baru-baru ini kecoh tentang kempen Blockout 2024 yang mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Permulaan Kempen Blockout 2024

Tetapi apakah itu Blockout 2024? Blockout 2024 sebenarnya sebuah kempen yang diasaskan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ladyfromtheoutside sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Kempen itu dicetuskan oleh pengguna tersebut kerana dirinya menganggap ramai selebriti dan pempengaruh media sosial tidak bersuara tentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel serta berpendapat pihak-pihak berkenaan layak disekat (Block) dan tidak diikuti (unfollow) di media sosial.
Tindakan unfollow dan block di media sosial difahamkan dapat memberi kesan terhadap selebriti-selebriti yang bekerjasama dengan produk-produk yang mempromosikan atau menyumbang kepada rejim Zionis dari segi keuntungan dan penjualan.

Kempen Merebak Seluruh Dunia

Apa yang menarik tentang kempen ini ialah ia bukan sahaja melibatkan boikot di kalangan artis Hollywood seperti Taylor Swift, Billie Eilish dan Harry Styles, tetapi juga merebak sehingga ke industri hiburan Malaysia di mana selebriti-selebriti yang berdiam diri tentang Palestin atau bekerjasama dengan produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Israel diboikot dan disekat oleh peminat di media sosial.
Walaupun kempen ini tampak tidak mengerikan, tetapi ia sebenarnya memberikan impak besar apabila dapat dilihat artis-artis dan juga pempengaruh mulai lantang bersuara tentang konflik yang berlaku di Asia Barat itu.
Selain itu, ada juga yang mula memohon maaf atas kesilapan bekerjasama dengan jenama-jenama yang memberi sumbangan terhadap Zionis.

BERITA TRENDING: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis, Pempengaruh Tempatan Untuk Diboikot?

Sekadar info, setakat ini difahamkan lebih 30,000 penduduk Palestin telah dibunuh oleh Zionis sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.
Sumber: trtworld
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live