Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?
Baru-baru ini kecoh tentang kempen Blockout 2024 yang mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Permulaan Kempen Blockout 2024
Tetapi apakah itu Blockout 2024? Blockout 2024 sebenarnya sebuah kempen yang diasaskan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @ladyfromtheoutside sebagai salah satu cara menunjukkan sokongan kepada Palestin.
Kempen Merebak Seluruh Dunia
Apa yang menarik tentang kempen ini ialah ia bukan sahaja melibatkan boikot di kalangan artis Hollywood seperti Taylor Swift, Billie Eilish dan Harry Styles, tetapi juga merebak sehingga ke industri hiburan Malaysia di mana selebriti-selebriti yang berdiam diri tentang Palestin atau bekerjasama dengan produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Israel diboikot dan disekat oleh peminat di media sosial.
BERITA TRENDING: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis, Pempengaruh Tempatan Untuk Diboikot?
Sekadar info, setakat ini difahamkan lebih 30,000 penduduk Palestin telah dibunuh oleh Zionis sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.