Pelakon, Datin Seri Zizie Izette bersyukur tidak mempunyai masalah kesihatan di penghujung kehamilannya.

Gementar menanti kelahiran anak ketiganya, Zizie berharap segala urusan bersalin dipermudahkan tuhan.

Zizie berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

“It’s almost time to give birth. I wanna thank Allah for blessing me with good health and a healthy pregnancy.

“Sepanjang kehamilan blood pressure normal, tak ada diabetes, edema, preeclampsia dan sewaktu dengannya. Syukur.

“Semoga Allah will continue to bless me with good health sehingga kelahiran nanti. I would greatly appreciate any prayers for safety for the baby and me, as well as for an easy delivery.

“It seems as though the older I get, the more nervous I become. Tq in advance for your dua. #38weeks #plsprayforme,” tulisnya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan agar Zizie sentiasa berada dalam keadaan sihat sehingga tiba saat bersalin.

Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Selain dikurniakan anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.