Secara puratanya, kita memperuntukkan lebih enam jam mengadap gajet setiap hari, ibaratnya hidup menjadi tidak lengkap jika berpisah dengan telefon bimbit atau laptop.

Biarpun teknologi ini memudahkan kehidupan kita seharian, tahukan anda ketagihan terhadap gajet boleh mengundang risiko kepada masalah kesihatan kulit akibat pendedahan terlalu lama dengan sinaran cahaya biru atau blue light rays.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama peranti digital, semakin teruk kulit individu itu. Adalah dinasihatkan agar menjarakkan sekurang-kurangnya 12 inci atau 30 sentimeter diri anda dengan skrin.

Sinaran cahaya biru juga boleh menyebabkan keletihan mata, sakit kepala, migrain, kabur penglihatan, mata kering, sukar fokus dan gangguan paten tidur,

Jadi, untuk mengelakkan masalah tersebut terjadi kepada anda, digalakkan untuk menggunakan tabir skrin pada peranti digital anda, mengaktifkan mod malam dan melindungi diri dengan krim tabir suria atau lebih mudahnya dipanggil sunscreen.

Sunscreen bukan hanya bertindak efektif untuk melindungi kulit daripada sinaran ultraungu tetapi juga boleh digunakan di ruangan indoor seperti di pejabat dan rumah untuk menapis sinaran cahaya biru.

Apa kata korang cuba Sunplay UV Brightening Moisture Gel! Jom Gempak senaraikan lapan sebab korang perlu pakai krim tabir suria jenis ini:

1. Anti cahaya biru

Menariknya tentang Sunplay UV Brightening Moisture Gel kerana mengandungi ekstrak biji koko untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya biru yang merosakkan.

A post shared by Sunplay (Malaysia) (@sunplay_malaysia)


2. Anti UVA & UVB

Dengan teknologi Solarex-5, produk ini membantu proses photostable dan melindungi daripada spektrum UV.

3. Mencerahkan

Sunplay UV Brightening Moisture Gel mempunyai bahan pencerahan iaitu brightenyl yang membantu mencerahkan kulit, menghilangkan bintik hitam dan jeragat. Malah, bahan pencerahan ini sesuai untuk semua jenis kulit.

4. Melembapkan

Satu bahan istimewa adalah ekstrak cendawan chaga yang membantu untuk menghidrat dan melembapkan kulit untuk mengelakkan kehilangan lembapan daripada pendedahan cahaya matahari setiap hari.

5. Formula anti-pollution berganda

Formulasi ini mengurangkan partikel berbahaya untuk menyerap masuk ke dalam kulit pada masa sama membentuk benteng pertahanan untuk melindungi kulit daripada pendedahan cahaya matahari setiap hari.

A post shared by Sunplay (Malaysia) (@sunplay_malaysia)


6. Anti oksida

Antara bahan yang terkandung dalam Sunplay UV Brightening Moisture Gel ialah Carnosine, sejenis anti oksida yang melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan oleh cahaya inframerah.

7. Tekstur ringan

Salah satu ciri sunscreen SUNPLAY yang tak ada pada produk lain ialah teksturnya yang lembut, mudah meresap dan menyerap ke dalam kulit serta tidak melekit. Ia juga mudah dicuci dengan air.

8. Formulasi lembut

Sunplay UV Brightening Moisture Gel bebas dari alkohol, paraben, pewarna tiruan, pengawet dan bahan terlarang.

A post shared by Sunplay (Malaysia) (@sunplay_malaysia)


Jadi, tunggu apa lagi, segera dapatkan produk krim tabir suria Sunplay UV Brightening Moisture Gel di Watsons dan Guardian terdekat atau di platform beli-belah maya Shopee dan Lazada!