Rapper terkenal Korea Selatan, Bobby iKon mengejutkan peminatnya dengan pengumuman bersifat peribadi.

Bintang berusia 25 tahun itu mengirim berita besar mengenai dirinya dengan mengumumkan akan berkahwin setelah kekasihnya hamil.

Dalam pengumuman tulisan tangan itu, Bobby juga meminta maaf kepada peminat kerana lewat berkongsi khabar gembira ini.

"Hello, saya Bobby. Ada sesuatu yang ingin saya sampaikan dan saya menulis ini dengan penuh berhati hati.

"Saya telah berjanji untuk berkahwin dengan wanita yang amat saya cintai.

"Saya juga akan bergelar ayah September ini. Saya sangat gembira untuk menyambut 'orang baharu' dalam keluarga saya.

"Tapi saya minta maaf kerana agak lewat memberitahu berita ini kepada semua," kata Bobby seperti dilaporkan Soompi.

Bobby juga mengatakan dia sepatutnya memberi khabar ini lebih awal, apa lagi mengenangkan telah mendapat banyak sokongan daripada semua.

Bagaimanapun Bobby mengatakan tidak mahu menjadi anak yang memalukan orang tua atau pun anggota iKON yang lain dengan menyembunyikan kenyataan dirinya akan berkahwin dan segera menjadi ayah.

Dia juga tidak mendedahkan identiti kekasih dan tarikh perkahwinannya.

Pada masa sama, dia berjanji untuk terus bekerja keras dan tidak akan mengabaikan aktiviti karier bersama iKON.

Terdahulu, Bobby telah merilis album penuh keduanya yang diberi judul Lucky Man pada Januari 2021.

Kredit Foto: Soompi