Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Boboi…Anytime Ok…”- Liza Hanim Menunggu Masa Kelahiran Anak Kelima

Syafiqah Jalal 18/01/2019 | 09:00 MYT
Penyanyi Liza Hanim akui sudah bersedia menunggu kelahiran anak kelimanya yang dijangka dalam masa terdekat ini.
Liza berkata, ketika diusia 37 minggu kehamilannya ini, badan dan wajahnya mula bengkak dan rasa kurang selesa.
Bagaimana pun, dia tetap teruja untuk menantikan bayi lelakinya itu.
“Saat ni macam- macam rasa badan ni... hahahaha
“Nak amik gambar muka kita dh bengkak sangat huhuhu siapa yang bila dihujung hujung pregnancy muka tak berubah... you are the lucky few!
“Boboi..... anytime ok. Mama and ayah is ready for you!” tulisnya.
Penyanyi Siapa Sangka Siapa Menduga itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata mendoakan agar proses bersalinnya kelak selamat dan dipermudahkan.

Saat ni macam macam rasa badan ni... hahahaha Nak amik gambar muka kita dh bengkak sangat huhuhu siapa yang bila dihujung hujung pregnancy muka tak berubah... you are the lucky few! Boboi..... anytime ok. Mama and ayah is ready for you!

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on

#Penyanyi #Bersalin #Hamil #Mengandung #Hamil #Penyanyi #Liza Hanim
;