"Bodoh, I'm So Annoyed!" - Dikecam Kerana Seru Penonton Beli Barang Guna Duit KWSP, Fiza Frizzy Mohon Maaf
Amri Hassan
23/03/2020 09:47 MYT
23/03/2020 09:47 MYT
Pengacara Fiza Frizzy membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendapat kecaman akibat kenyataannya berhubung penggunaan duit akaun dua KWSP untuk pembelian produk dalam talian.
Fiza berkata demikian ketika mengacarakan sebuah rancangan rangkaian beli-belah inovatif dari rumah yang disiarkan secara langsung tengah hari Isnin.
Dalam rancangan terbabit, Fiza yang rancak mempromosikan sebuah produk kelengkapan kediaman menyeru pengguna untuk membelanjakan sebahagian daripada wang KWSP untuk membeli barang jualannya.
Ekoran kenyataan itu, Fiza dikecam dan dilabelkan bodoh oleh seorang pengguna yang berang dengan kenyataan tersebut.
"PM baru umumkan rakyat boleh mengeluarkan sejumlah wang dari akaun kedua KWSP untuk kelangsungan hidup ketika waktu kritikal ini.
"Namun si bodoh ini cakap 'haa alang-alang kerajaan dak bagi keluarkan KWSP tu, gunalah sedikit beli vacuum ni!'
"Bodoh! I am so annoyed and dissapointed with you girl!" tulis salah seorang pengguna di Instagram Stories.
Kenyataan terbabit dimuat naik semula Fiza di ruangan entri Instagramnya bersama permohonan maaf terbuka.
"Post ini adalah ditujukan kepada sesiapa yg menonton @tv3malaysia @cjwowshop ketika saya menjual Sincero Cordless Vacuum yang terkecil hati, yang terasa hati and mungkin rasa saya kurang sensitiviti dalam keadaan seketika ini selepas Perdana Menteri mengumumkan mengenai bantuan KWSP.
"I am not going to defend myself.. I am just going to say, NAK BELI SILAKAN TAPI DH SOLD OUT.
"I grant you my PUBLIC APOLOGIES, SAYA MEMOHON MAAF DI ATAS KETERLANJURAN KATA," tulisnya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Ia antara beberapa inisiatif diumumkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!