gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan
HIBURAN
Didakwa Tak Wish Birthday Anak, Instagram Aliff Aziz Jadi Sasaran Warganet
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Body Shaming: Vicha Pernah Dipanggil Babi Hutan, Jaiko Adik Giant!

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
12/09/2021
11:20 MYT
Sponsor Banner
Body Shaming: Vicha Pernah Dipanggil Babi Hutan, Jaiko Adik Giant!
Pelakon dan pelawak Vicha mengakui pernah menjadi mangsa penghinaan fizikal (body shaming) dan menerima pelbagai gelaran menjengkelkan termasuk babi hutan.
Vicha menerusi rakaman program Rumah 107 berkata disebabkan fizikalnya yang gempal dia juga tidak memiliki kawan.
“Kalau nak cakap tentang isu body shaming atau penghinaan fizikal inii, memang banyak yang saya lalui sejak dulu.
“Saya pernah dipanggil Jaiko (adik Giant) dalam cerita Doraemon tu. Lagi, ada juga yang sampai panggil saya babi hutan.
“Macam-macam lagi gelaran mereka beri kepada saya termasuk gendut! Saya tak ada kawan sebab saya gemuk, kekasih pun tak ada sejak zaman sekolah dan remaja lagi.
“Iyalah siapa mahukan saya sebab saiz fizikal saya kan….” katanya ketika sesi soal jawab bersama Tok K di Rumah 107 musim kedua #sembangonlinejer.
Tambah Vicha lagi, bagaimanapun dia bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan illahi dan disebabkan hinaan dan cercaan dia berazam untuk bangkit.
“Sedih memang sedih, tapi saya fikir buat apa kita nak mengalah dengan hinaan orang. Dari situ saya bangkit dan perbaiki hidup.
“Alhamdulillah, sekarang ini berat saya sudah tinggal 104 kilogram (kg) berbanding 140kg dahulu. Macam-macam saya buat, sedut lemak, diet, potong usus dan sekarang saya menjalani hidup sihat.
“Target saya mahu turunkan berat badan sehingga tinggal dua angka sahaja. Dapat 99kg pun dah okay. Saya bukan nak kurus tapi nak sihat,” katanya.
Dalam episod ke 15 itu, penyanyi Ayu Damit dan Black turut diundang menjadi tetamu Tok K dan keluarga.
Rumah 107 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna dan boleh ditonton menerusi platform On Demand dan aplikasi Astro Go.
Program ini juga menampilkan Khir Rahman (Tok K) sebagai tuan rumah bersama Joey Daud, Vicha, Shuk Sahar dan Ropie yang membawakan watak masing-masing dalam keluarga Tok K.
Topic Berkaitan
#Vicha
#Body Shaming
#Hina
#Cerca
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement