Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Bohong Je Kerja! Aku Malas Nak Cari Jantan-Jantan Yang Kau Scam” - Afiq Muiz Dedah Mesej Curang Isteri

Mya Amri
31/03/2023 06:13 MYT
Pelakon Afiq Muiz membidas kembali kenyataan yang diberikan oleh isterinya, Pachara Apin susulan isu rumah tangga mereka.

Tidak hanya bercakap kosong, Afiq kini tampil mendedahkan perkara sebenar beserta bukti di akaun Instagram miliknya.

Menurut Afiq, Pachara membuat tuduhan palsu kononnya dia terpaksa menanggung dirinya yang tidak bekerja.

“Kau yang bercinta dan bunuh percintaan kita. Lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tak ada tak guna jugak. Membohong je kerja kau kan,” coretnya.

A post shared by mad tiger (@muhamadafiqmuiz)

Bukan itu sahaja, Afiq juga berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan perbualan di antara isterinya bersama individu lain yang menjadi bukti kepada perbuatan curang.

“Fitnah la fitnah nanti kau jawab la kat akhirat , sedar la sendiri diri tu. Tak payah beria jaja cerita aku dera kau. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau.

“Dah kutip sekor, yang lain pula kau cuba. Aku pun malas nak cari jantan-jantan yang kau scam, sebab aku manusia biasa tapi aku yakin Allah itu ada. Insya-Allah,” jelasnya.

Sekadar info, Afiq mendirikan rumah tangga bersama Panchara pada 27 Mac 2019 namun, hasil perkahwinan itu mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada Rabu lalu, pachara memfailkan tuntutan fasakh terhadap afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang bestari, Shah Alam.

Pachara menjelaskan tuntutan itu dibuat selepas permohonan bercerai secara baik yang difailkan pada tahun lalu tidak mendapat kerjasama Afiq apabila dia gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak enam kali.

Isu membabitkan rumah tangga pasangan itu kecoh apabila pada 14 mei 2021, Pachara membuat laporan polis mendakwa afiq mencederakannya.

Pachara mendakwa afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali selain menendang perut dan menumbuk dagunya.

#Kontroversi #cerai #Afiq Muiz #Rumah tangga #Pachara Apin
;