Berita
“Boikot Produk Hana Azraa, Boikot Ceramah PU Abu!” – Netizen
Seperti sudah menjadi ‘trend’ netizen di Malaysia untuk memboikot individu tertentu setiap kali ‘muncul’ cerita mengenai ‘peruntuh rumah tangga’.
Terbaharu, netizen sudah mula melancarkan gerakan memboikot Pencetus Ummah (PU) Abu dan wanita dikenali sebagai Hana Azraa yang didakwa isteri baharu penceramah bebas tersebut.
Mungkin disebabkan PU Abu dan Hana Azraa menutup ruangan komen di laman sosial Instagram (IG) masing-masing, menyebabkan netizen bertindak menyerang kedua-dua individu tersebut di Twitter.
Hana Azraa yang juga ibu tunggal, merupakan pengasas kepada produk kecantikan berasal dari utara tanah air.
Menerusi komen-komen ditinggalkan di akaun Twitter Hana Azraa, netizen menggesa orang ramai memboikot produk keluaran wanita tersebut dan berpendapat peruntuh rumah tangga orang tidak perlu disokong.
Selain Hana Azraa, mereka turut meminta ceramah PU Abu juga diboikot sebagai pengajaran kepada bekas peserta realiti itu.
Dalam pada itu ada pengguna laman sosial tersebut berpendapat Hana Azraa sengaja membuka semula akaun IGnya kepada umum dan berlagak seperti tidak bersalah.
Disebabkan itu pengikut di akaun IG Hana Azraa naik mendadak sehingga 85 ribu orang sebaik sahaja tetapan privasi ditukar kepada umum beberapa hari lalu.
Lebih panas lagi apabila ada yang berkongsi sebuah kapsyen yang didakwa ditulis bekas suami Hana Azraa.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan PU Abu menceraikan isterinya Ain Afini yang kini hamil tujuh bulan dan berkahwin dengan Hana Azraa, janda anak satu.
PU Abu telah melafazkan talak terhadap Ain Afini menerusi aplikasi Whatsapp.
Bagaimanapun, penceramah bebas tersebut meminta semua pihak agar menunggunya pulang dari Mekah untuk menjelaskan kontroversi yang berlaku.
Menerusi beberapa buah video, Hana Azraa juga dipercayai kini sedang berada di Mekah mengerjakan umrah bersama PU Abu.