Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Boleh Bentan Dibuatnya..." - Wawa Zainal Pergi Kerja Ketika Berpantang!

Asraf Aided
09/12/2019 12:28 MYT
Pelakon Wawa Zainal terpaksa keluar ke pejabat untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya pada hari kelapan berpantang.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.

"Hari kelapan berpantang, terpaksa turun office kejap check stock, boleh jadi bentan I dibuatnya oleh ejen, stokis dan leaders, setiap hari tanya bila stok mari.

"Padahal hari-hari pun diorang ambil stok, tak faham betul," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Wawa berasa risau dan menasihatinya untuk lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan diri ketika berpantang.

Day 8 berpantang.. terpaksa turun ofis kejap check stok .. boleh jadi bentan I di buat nya oleh agent,stokis& leaders @wawacosmeticshq saban hari tanya bila stok Mari .. padahal hari2 pun dorang ambil stok!! Xfaham betul? naaa.. mempersembahkan last batch #wawababygirledition .. kali ni janji tak catu??? pastu yg nak jadi resellers @wawacosmeticshq .. komen je kat bawah k❤️

A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on


Terdahulu, Wawa melahirkan anak bongsunya Ayya Soffya pada 1 Disember.

Wawa dan suaminya, pelakon Aeril Zafrel mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Ahmad Fakhruddin dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
#Wawa Zainal
;