Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah di hasilkan oleh kumpulan SLAM.
Muzik serta lagu lagu yang di hasilkan Kumpulan SLAM sentiasa menarik perhatian peminat di tambah dengan kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama serta di barisi pemuzik hebat sebagai pelengkap kumpulan ini yang meraikan tahun ke 30 penubuhan Kumpulan Slam yang masih mengekalkan anggota asal dari awal penubuhan sehingga ke hari ini.
Kehebatan Kumpulan SLAM yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti di nantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.
Konsert SLAM Nurkasih akan diadakan pada 6 Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam akan membawakan 18 hingga 20 lagu lagu hits Kumpulan SLAM yang pasti akan menggamit memori serta akan meninggalkan kenangan terindah kepada semua penonton yang hadir.
Konsert yang di beri judul NurKasih, yang merupakan salah satu jodol lagu hits Kumpulan SLAM, ia juga membawa maksud KASIH dan SAYANG SLAM kepada peminat yang di ibarat kan seperti sentiasa memberikan CAHAYA (NUR) kepada Kumpulan SLAM selama ini.
Konsert ini juga antara hadiah istimewa SLAM kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong mereka selama ini.
Konsert ini dibawakan oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.
Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan di buak untuk semua ketogari tiket. Sebanyak Empat (4) buah gitar berupa dua (2) buah gitar eletrik dan dua (2) buah gitar akustik untuk di menangi yang di taja khas oleh PBH MUSIC SDN BHD.
SINAR FM yang bertindak sebagai Radio Rasmi Konsert SLAM NurKasih juga akan mengadakan kuiz kepada pendengar bertuah yang akan memenagi tiket ke konsert ini nanti.
Royale Chulan Hotel KL telah bermurah hati menaja venue bagi sidang media ini dan akan menawarkan pakej penginapan istimewa kepada pembeli tiket Konsert Slam NurKasih yang menginap di Royale Chulan Hotel KL untuk menonton konsert ini nanti.
Bagi mendapatkan tiket tiket Konsert SLAM NurKasih ini peminat boleh melayari laman web https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/ atau menghubungi Ilasso Tickets di talian 03-21706333
Tiket tiket berharga :
RM198 Ketogari Festival ( berdiri – bagi mendapat lebih mood menonton konsert )
RM 298 Ketogari 2 (duduk - bagi penonton yang memilih menonton lebih selesa)
RM 458 Ketogari VIP (duduk - akan di hadiahkan satu goodies bag cenderamata istimewa Konsert SLAM NurKasih setiap seorang serta sesi ‘meet and greet’ bersama Kumpulan SLAM )
RM 5000 Kategori Royal Box ( 8 pax setiap box - akan di sediakan jamuan moktail sebelum konsert , goodie bag istimewa serta sesi ‘meet and greet’ bersama Kumpulan SLAM )
Antara yang menarik beberapa Royal Box & VIP telah banyak terjual serta kategori lain juga mendapat sambutan hangat. Para peminat SLAM di sarankan untuk membeli tiket awal bagi mengelakkan sebarang masalah luar jangka ketika melakukan pembelian di saat saat akhir.
Amri Hassan
Tue Jun 20 2023
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.