Berita
“Boleh Brain Damage Tak Cukup Oksigen”- Aishah Cabar Diri Menyanyi Pakai Mask
Penyanyi Aishah mencabar dirinya apabila buat pertama kali memakai topeng pelitup muka ketika membuat persembahan nyanyian.
Menurut Aishah percubaannya itu bagaimana pun satu pengalaman yang agak teruk.
“Cerita semalam, buat pertama kali sejarah dalam hidup saya menyanyi pakai face mask.
“Saya nak cuba rasa macam mana menyanyi pakai face mask. Hadoiiii boleh brain damage tak cukup oksigen lah,” katanya.
Aishah berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Aishah memuat naik video rakaman ketika dia menyanyi sambil memakai topeng pelitup muka di dalam satu acara persembahan.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya rata-rata memuji kelunakan suaranya meskipun memakan topeng pelitup muka.
“Very professional singer..steady jer nyanyi pakai face mask..so impressed.
“Sedap merdu macam biasa kak.
“Tetap maintain suara walaupun pakai mask,” komen antara pengikutnya.
Penyanyi yang popular dengan lagu Pulanglah itu sudah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 20 tahun lalu.
Must-Watch Video