Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Boleh Family Gathering Kat Sana Ek”- Pergi Langkawi Boleh, Netizen Tanya Rentas Negeri Balik Kg Bila Nak Onz?

Mya Amri
10/09/2021 05:53 MYT
Pengumuman pembukaan Pulau Langkawi untuk dikunjungi sememang merupakan berita baik buat rakyat Malaysia.

Dengan memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, rata-rata netizen menyambut baik keputusan kerajaan.

Bagaimanapun ada juga netizen ‘nakal’ mengusik dengan memberikan komen mengenai pelepasan merentas negeri ke Pulau Langkawi.

Menerusi media sosial, netizen menyuarakan rasa tidak sabar menunggu pengumuman merentas negeri kerana mahu bertemu ibu bapa dan keluarga.

Mereka juga mengusik sama ada adakah patut membawa keluarga bercuti di Pulau Langkawi semata-mata ingin bertemu mereka.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa-apa pun dengan kelonggaran yang diberi, jangan ambil kesempatan ya. Jaga sop, jaga diri and stay safe guys.

BACA: Nak Melancong Ke Pulau Langkawi? Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin & Minta Kebenaran PDRM Dulu!

Khamis lalu, kerajaan bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kredit foto: Google

#Pulau Langkawi #Balik kampung #Rentas Negeri #Family Gathering
;