,
Laman Utama

“Boleh Guna Ke Lagi Ungkapan ‘Customer Is Always Right’ Untuk Situasi Ini?” – Abby Abadi

Fiza Kamarudin
18/08/2020
02:39 MYT
Tindakan pelakon Abby Abadi memuat naik semula hantaran Instagram (IG) usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosialnya mengundang pelbagai reaksi warganet.
Tidak menyalahkan sesiapa menerusi posting tersebut, Abby cuma melontarkan persoalan samada moto ‘customer is always right’ masih sesuai digunakan dalam situasi dialami Aliff Syukri.
Di ruangan komen pelbagai pendapat diberikan warganet, termasuk menganggap Abby menyokong Aliff Syukri dalam isu yang tular sejak semalam.
Abby bagaimanapun menegaskan perkongsiannya adalah mengenai sikap sesetengah pelanggan. Katanya pelanggan seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan sesebuah perkhidmatan, bukan bertindak menularkannya.
“Saya rajin juga check in sana sini, ada yang tak kena bagitau management teruslah…Kitaorg sampai dapat bilik ada anai-anai pun rilek je, duduk juga sebab masa tu takde pilihan, tapi takde pulak nak bercerita macam nak jatuhkan bisnes orang.
“Ni sampai nak viral-viralkan atas alasan jumpa lipas dalam peti ais tu pelik sangatlah. Rumah masing-masing kadang ada lipas…bersihkan jelah.
“Tapi yang sampai buat macam hotel sendiri tu kenapa? Asyik nampak salah orang je, salah sendiri macam mana pulak?,” tulis Abby menjawab komen warganet yang mendakwanya menyokong tindakan Aliff Syukri berkongsi rakaman CCTV tersebut. Rata-rata warganet menyokong teguran dibuat Abby mengenai sikap sesetengah pelanggan dan menganggap moto ‘customer is always right’ tidak relevan.
“Customer macam ni kalau staff tegur pun tak makan saman ni, silap tegur habis disembur staff pulak biadap mentaliti ‘customers always right’.
“2020 dah tak relevan dah ‘customer always right’…atitude yileekkk.
“Zaman sekarang dah tak ada istilah ‘customer always right’ yang salah tetap salah,” antara komen warganet di ruangan komen.
Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mendakwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk.
Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.
Kritikan Abudi kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian Aliff Syukri yang bertindak menjawab aduan tersebut dengan membuat hantaran sedutan rakaman CCTV di IGnya.
[[BACA: Cadar Tak Cuci, Peti Ais Ada Lipas, Resort Milik Usahawan Kosmetik Ini Dikritik Hebat! Sampai Kena...]]
[[BACA: Aliff Syukri Jawab Aduan Pelanggan – “Skipping, Berlari & Main Bola Sepak Di Lobi…Jaga Adab Dan Etika Di Tempat Orang!”]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Hitam Sangat Hati Tu, Jealous Ke Wak” - Dikatakan Macam Mak & Anak Bila Berlakon Dengan Zack X Factor, Abby Abadi Tegur Sikap Netizen

gempak
03/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menegur sikap netizen yang sering mencari keburukkan orang lain dengan tujuan untuk memberikan komen negatif.
Hiburan

Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

gempak
28/08/2024
08:55 MYT
Umisya Mazlan yang juga madu kepada anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania mencuri perhatian warganet.
Hiburan

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” - Norman Hakim

gempak
28/08/2024
01:55 MYT
Aktor Norman Hakim menyifatkan setiap perkara yang hadir dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.
Hiburan

Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”

gempak
25/08/2024
08:00 MYT
Pelakon Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet di media sosial apabila berkongsi kata-kata positif, pada Ahad.
Hiburan

Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”

gempak
25/08/2024
06:55 MYT
Pelakon Abby Abadi mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi hantaran terkini di media sosial, baru-baru ini.