Hiburan
Boleh Kalau Nak Jadikan Anak-Anak Flower Girl, Tapi ... – Siti Sarah
Penyanyi Sarah Raisuddin tidak berani untuk menjadikan anak-anaknya sebagai pengiring di majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan.
“Kalau diikutkan Shuib memang mahu anak-anak menjadi pengiring di majlis resepsi kami tapi saya pula yang tak berani.
“Bukan apa, anak-anak saya jenis yang terlalu aktif, baik lelaki mahupun yang perempuan. Saya risau mereka akan berlari-lari nanti.
“Saya takut majlis akan jadi kelam-kabut dengan gelagat mereka, oleh itu lebih baik kita elakkan,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perkahwinannya, Sarah memberitahu teringin untuk mengadakan majlis malam berinai.
“Sebenarnya saya memang berhajat untuk melakukan majlis malam berinai sama seperti pengantin yang lain.
“Sebab waktu perkahwinan dahulu saya tak pernah merasa, majlis kami pun hanya ‘simple’ sahaja.
“Maklumlah waktu itu kami tidak cukup wang dan hanya mampu lakukan majlis akad nikah saja. Jadi bila tengok pengantin-pengantin lain beriani, saya pun rasa teringin juga.
“Rasanya kalau dapat ditunaikan majlis berinai ini, anak perempuan saya, Talita pasti suka. Berkumpul ramai-ramai bersama keluarga dan berinai, memang seronok,” ujarnya.
Sara dan Shuib akan melangsungkan perkahwinan kali kedua sempena meraikan majlis ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
Teks oleh: Mya Amri