“Boleh Kata 80% Pendatang Dalam Tu” - Rumah Flat Yang Terlalu Kotor Ini Undang Rasa Kurang Senang Wargamaya
Azwa Rahman
26/01/2021 06:20 MYT
26/01/2021 06:20 MYT
Siapa sangka ada segelintir masyarakat yang sanggup menetap di dalam keadaan rumah yang terlalu kotor dipenuhi sampah-sarap.
Menerusi laman sosial Twitter, tular sebuah video yang dikongsi oleh seorang rider penghantar makanan menunjukkan keadaan rumah pangsa yang langsung tidak dijaga tahap kebersihannya.
Memetik laporan Harian Metro, rider terbabit, Muhammad Hibatullah Danial Zaharin, 20, memuat naik video berdurasi 12 saat di TikToknya baru-baru ini hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman kerjanya. Muhammad Hibatullah berkata, video itu dirakam pada 6 Januari lalu ketika menghantar makanan kepada pelanggan di sebuah flat dekat Perai, Pulau Pinang.
"Tipu kalau saya katakan tidak geli tetapi sudah tugas sebagai penghantar makanan untuk memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan.
"Pada hari itu, pelanggan terbabit enggan turun jadi saya tiada pilihan kecuali naik ke rumahnya di tingkat dua.
"Lif pula rosak jadi saya terpaksa gunakan tangga yang berbau busuk kerana dipenuhi dengan sampah sarap."
"Bukan niat saya untuk mengaibkan penduduk di situ tetapi sekadar berkongsi pengalaman kerja sebagai penghantar makanan," katanya lagi.
Meninjau ke laman Twitter, video tular tersebut mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata wargamaya mempersoalkan sikap dan tahap kebersihan penduduk di situ.
“Dari 2018 lagi flat ni jadi issue. Dah banyak tindakan, mentaliti penduduk yang kena ubah. Rumah sendiri takkan nak harap orang lain bersihkan,” komen seorang wargamaya.
“Allahhhh haiii. Sebab tu la I kerja dan cari duit banyak2. Sebab taknak hadap benda macam ni la. Taknak anak2 tinggal tempat2 macam ni. Sedih tengok,” kata seorang wargamaya.
“Kalau ikut cerita, flat ni dulu bersih elok. Tapi sejak2 foreigners yang duduk, habis lingkup. Boleh kata 80% laa pendatang jaa dalam tu,” tulis seorang wargamaya.
“Aku tak percaya ni kat Malaysia. Aku tak percaya!” ujar seorang wargamaya.
“Siapa pulak yang buang flat dekat tempat sampah ni?” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan di media sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, tular sebuah video yang dikongsi oleh seorang rider penghantar makanan menunjukkan keadaan rumah pangsa yang langsung tidak dijaga tahap kebersihannya.
Memetik laporan Harian Metro, rider terbabit, Muhammad Hibatullah Danial Zaharin, 20, memuat naik video berdurasi 12 saat di TikToknya baru-baru ini hanyalah sekadar ingin berkongsi pengalaman kerjanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.