Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Boleh Ke Luar Negara Disember Ini, Mungkin Lebih Awal" - PM

Gempak 04/10/2021 | 04:15 MYT
Rakyat dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara Disember ini, bahkan mungkin lebih awal sejurus selepas 90% kadar vaksinasi populasi dewasa dicapai, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, mereka yang ingin melakukan perjalanan ke luar negara juga tidak lagi perlu memohon MyTravelPass (MTP) sebaik sahaja kebenaran rentas negara dibuka.
“Ya, Disember. Mungkin awal lagi. Kita akan buka rentas negeri. Rentas negara pun boleh dibuka apabila mencapai 90% sudah divaksin. Rentas negeri pun tidak lama lagi sebab sekarang dah mencapai 85.5%, bermakna lagi dua minggu sudah boleh buka rentas negeri.
“Kita tidak perlu lagi daftar MyTravelPass untuk keluar negara tetapi kuarantin masih sama,” kata beliau menurut laporan Mingguan Malaysia.
Mengulas mengenai kebenaran pekerja dari Johor Bahru merentas kembali bekerja seperti biasa ke Singapura, Ismail berkata, kerajaan masih meneruskan perbincangan dengan republik itu.
“Kita meneruskan perbincangan sebab kita ada dua, Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) ini Singapura yang hentikan, bukan kita. Saya pun sudah pergi ke Johor minggu lepas, saya dah minta Menteri Besar Johor berbincang dengan Singapura untuk RGL dibuka.
“Tetapi, yang lebih penting perjalanan harian pekerja, beratus ribu orang. Masih lagi Singapura belum buka. Ini penting sebab ada yang ulang alik dari Johor Bahru, tiba-tiba tidak dibenarkan masuk. Mereka yang menderita ini sudah setahun lebih,” katanya.
Sementara itu, Ismail berharap tidak ada mana-mana menteri dibuang akibat gagal memenuhi prestasi dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan.
Beliau berkata, setiap laporan yang dibentangkan seseorang menteri mesti mempunyai “wow factor” kepada rakyat supaya dapat mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan.
“Setiap menteri akan bentangkan, kita tunggulah. Dan saya minta menteri bentangkan sendiri dari sudut kementerian masing-masing. Saya jangka mereka ‘perform’, alasan saya letak 100 hari, saya nak menteri ‘perform’, bukan tujuan saya nak buang menteri,” kata beliau.
Sumber: Mingguan Malaysia, FTM
#Luar Negara #Travel #PM #Datuk Seri Ismail Sabri #Rentas Negeri #Disember
;