Laman Utama
"Boleh Ke Saya Nak Menyanyi Semula?" - Fazley Yaakob
Pernah berdepan halangan daripada menyanyi dan lagu-lagunya tidak dibenarkan keluar di media massa suatu ketika dahulu, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mahu tahun 2023 membuka lembaran baharu dalam karier seni suaranya.
Jelas Fazley, dia mahu menebus semula waktunya 20 tahun lalu yang sehingga kemunculan semula di pentas Gegar Vaganza dua tahun lalu.
"Saya nak menyanyi semula tahun 2023 boleh?
"Ramai tanya saya kenapa saya berhenti menyanyi secara tiba2 ketika lagu Asmara Ini sedang meletop di corong-corong radio hampir 20 tahun dulu!
"Ramai jugak cakap, tak payah nyanyi lah sebab nama tengah naik sebagai penyanyi dulu “kau sibuk nak berhenti menyanyi kan?”
"Hanya mereka yang tahu yang akan tahu, bukan saya berhenti menyanyi. Tapi saya dihalang daripada menyanyi, lagu-lagu semua tiba-tiba tak boleh dimainkan di mana-mana corong radio, saya tak dibenarkan muncul di kaca tv.
"Malahan sebarang berita mengenai saya juga tak dibenarkan untuk sebarang penerbitan.
"Jadi buat ramai yang bertanya selama ini, kenapa saya tiba2 hilang dari dunia nyanyian dan muncul sebagai Chef sahaja? Itulah kebenarannya.
"Apabila manusia mengatur dan merancang, Allah lebih mengetahui dan menyusun jauh lebih sempurna. Hanya sabar dan redha menjadi kekuatan saya selama ini," cerita Fazley menerusi hantaran di Instagram.
Dalam hantaran sama, Fazley turut menyediakan kompilasi persembahan nyanyiannya selama 'kehilangannya' dari dunia seni termasuk bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Justeru, Fazley harap azamnya untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian mendapat 'restu' orang ramai dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
"Buat rakan-rakan media yang kekal menyokong saya selama ini terima kasih saya ucapkan tak terhingga. Buat mereka yang masih ingat #AbangAsmara, syukur Alhamdulilah!
"Cuba tengok klip-klip video nyanyian live saya sepanjang tempoh saya tidak dibenarkan menyanyi hinggalah saya kembali ke kaca TV melalui #Gegarvaganza!
"Soalan saya sekali lagi, boleh ke saya menyanyi semula tahun ni? Untuk suka suka je, bukan untuk menang anugerah pun," tanyanya lagi.
Must-Watch Video