"Boleh Kena Darah Tinggi Macam Ni... Takkan K****k Setajam Itu?" - Aliff Syukri Perjelas Foto Kontroversi

Asraf Aided
September 17, 2018 06:28 MYT
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi menerusi Instagram apabila memuat naik sekeping foto ketika bercuti di Vietnam.
Rata-rata netizen menyifatkan seluar yang dipakai oleh Aliff dalam gambar tersebut menampakkan bentuk kemaluannya.
Tidak berdiam diri, usahawan ini membuat kenyataan untuk menafikan serta menjelaskan perkara itu menerusi sebuah video.
"Boleh kena darah tinggi kalau nak puaskan hati semua orang di Isntagram saya, 'too much' pakcik and makcik bawang, takkan lah k**ek setajam itu, peliklah manusia sekarang, suka mencari salah orang," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, Aliff menjelaskan tali seluarnya disimpan di bahagian dalam dan ia mungkin kelihatan mirip seperti kemaluan bagi sesetengah pihak.
#Aliff Syukri