Filem terbaru arahan Kabir Bhatia iaitu Sangkar sentiasa menarik perhatian orang ramai yang telah menontonnya.

Menerusi tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen berpuas hati dengan kualiti filem kegemaran ramai itu sehingga ada yang menyamakan taraf lakonan pelakon Sangkar dengan aktor filem Angel Has Fallen, Gerard Butler.

Selain itu, sudah tentu ramai penonton yang memberi respon positif dan berpendapat filem Sangkar sangat sesuai buat tontonan seisi keluarga.





Sedikit info mengenai Sangkar, filem ini menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Sangkar juga turut memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi

Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang masih ditayangkan di 108 pawagam seluruh negara.

Selain itu, ia juga ditayangkan di Brunei dan Singapura, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!