,
Laman Utama

“Boleh Menyebabkan Radang Otak”- Minta Ambil Vaksin, Dr Izzar Kongsi 3 Musim Influenza Dalam Setahun

Syafiqah Jalal
10/07/2022
05:41 MYT
Baru-baru ini, kes wabak influenza semakin meningkat dan membimbangkan di kalangan kanak-kanak termasuk orang dewasa.
Justeru suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar menasihati agar setiap keluarga mengambil vaksin influenza bagi mencegah dari terkena penyakit ini.
“Kes influenza di Malaysia makin meningkat. Influenza ni sememangnya penyakit bermusim. Sebab tu kami sekeluarga amik vaksin influenza untuk mencegah dari mendapat penyakit influenza yang boleh menyebabkan, bronchitis, atau radang otak.
“Lagipun nanti berkumpul semasa raya, risiko jangkitan akan makin meningkat,” katanya.
Dr Izzar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakaman video sewaktu membawa keluarganya ke klinik untuk mengambil suntikan vaksin berkenaan.
Menurutnya lagi, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana wabak itu datang bermusim.
“Vaksin influenza ni kena ambil setiap tahun sebab strain virus influenza ni berubah ubah. Jadi vaksin yang dihasilkan pun berubah setiap tahun
“Ingat tak pada hujung tahun 2019 sebelum covid melanda, kes influenza tiba-tiba naik mencanak. Sampai banyak klinik atau hospital kehabisan stok vaksin influenza?
“Boleh ambil vaksin influenza ni dari umur 6 bulan ke atas.
“Musim Jangkitan Influenza di Malaysia:
1. Januari – Mac
2. Julai – September
3. November – Disember”
Dr. Izzar dan Ummi mempunyai dua orang cahaya mata yang mana kedua-duanya perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Ketahui Jenis-Jenis Penyakit Mental, #5 Tu Paling Merisaukan!

gempak
13/10/2024
15:55 MYT
Penyakit mental merujuk kepada gangguan yang mempengaruhi pemikiran, perasaan, dan tingkah laku individu.
Viral

Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...

gempak
01/10/2024
20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.
BorakSeeni