Laman Utama

“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala” - Tekanan Darah Tinggi Mendadak, Jue Aziz Risau Kesihatan Ibu

gempak
Mya Amri
25/05/2022
09:30 MYT
Sponsor Banner
“Boleh Pecah Urat Dalam Kepala” - Tekanan Darah Tinggi Mendadak, Jue Aziz Risau Kesihatan Ibu
Pelakon, Jue Aziz meluahkan rasa risau selepas bacaan darah ibunya naik mendadak.
Menurut Jue, keadaan tersebut boleh menyebabkan urat di bahagian kepala pecah dan membuatkan nyawa ibunya berada dalam bahaya.
“Ya Allah… Ini kali kedua mak jadi macam ni. Pertama bulan Februari… Darah beku dekat kepala disebabkan darah tinggi almost bloated dan jantung bocor.
“Nasib sempat bawa mak pergi hospital, waktu itu dah mild stroke. Tadi pun sama (semalam), kebetulan ada appointment dengan doktor hari ini untuk follow up sakit mak.
“Tahu-tahu je mak punya tekanan tinggi sangat boleh pecah urat dalam kepala… Silap-silap mak pun boleh ikut abah (Al- Fatihah),” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Lebih bahaya lagi, Jue memaklumkan ibunya tidak merasai sebarang tanda yang menunjukkan tekanan darahnya naik seperti pening kepala.
“Yang bahayanya kali ni mak tak ada rasa pening-pening jadi tak ada hint sakit, takut nanti tak sedar tahu-tahu je…
“Nasib waktu ini abang memang nak bawa mak pergi checkout, jika tidak mak sorang-sorang tak tahu apa jadi sebab tak ada tanda-tanda pening atau apa.
“Ya Allah kau lindungilah dan berikan kesembuhan pada ibu kami Amin,” tulisnya.
Jue juga menasihatkan orang ramai supaya mengambil berat dan peka dengan keadaan ibu bapa termasuklah menyayangi mereka sepenuh nyawa.
“Kadang-kadang luaran nampak kuat. Kadang-kadang luaran nampak sihat… Kadang-kadang luaran nampak gembira… Tapi sebalik ini semua hanya Allah maha mengetahui.
“Hargailah mereka yang menyanyangi dan berkorban untuk kita selagi masih berada di sisi kita. Terima kasih mendoakan Mak kami. Hanya Allah dapat membalas doa-doa kalian,” coretnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024