Perlawanan akhir paling ‘gila’ dalam sejarah bola sepak dunia! Segala rekod telah dipecahkan dalam perlawanan ini dan boleh ‘putus nyawa’ semua peminat bola sepak hanya untuk mengetahui juara Piala Dunia Qatar 2022.
Mungkin itulah gambaran paling tepat untuk diberikan kepada perlawanan dua gergasi bola sepak dari pasukan Argentina dan Perancis apabila tidak ada di antara pasukan ini mahu mengalah sehingga ke titisan terakhir!
Bayangkan, Argentina pada separuh masa pertama telah membuat para penyokongnya percaya skuad kendalian Lionel Scaloni itu akan menjulang piala dunia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang diambil Messi pada minit ke-23 susulan kekasaran Ousmane Dembele ke atas Angel Di Maria.
Tuah terus menyebelahi Argentina apabila Di Maria menyumbang gol kedua pada minit ke-36.
Tapi tunggu dulu. Dalam sukan semua hal boleh berlaku sekelip mata. Itulah yang terjadi apabila hanya memerlukan dua minit, pemain yang sama iaitu Kylian Mbappe pada lewat permainan membantu Perancis mengheret Argentina ke masa tambahan selepas terikat 2-2 di Stadium Lusail.
Namun takdir berkata lain pada babak tambahan kedua, Messi dan Mbappe kedua dua pemain terbaik dunia ini terus menambah tekanan apabila menyumbat satu gol untuk membantu pasukan masing masing berada di depan sekali gus menjulang juara Piala Dunia Qatar 2022.
Perancis terlebih dahulu ditenggelamkan dengan gol ketiga dari Messi dalam babak kedua pada minit ke 109 masa tambahan.
Tidak mahu mengalah, Perancis kemudian bangkit dengan penuh ‘gila’ apabila Mbapppe melakukan hatrik pertama dalam piala dunia apabila menyumbat gol ketiga sekaligus mengheret Argentina ke penentuan penalti.
Meski Mbappe sekali lagi berjaya menjaringkan gol keempat Perancis menerusi sepakan penalti, namun sepakan penalti yang diambil ketiga tiga pemain Argentina termasuk dari Messi memastikan Piala Dunia Qatar 2022 dalam genggaman mereka.
Argentina juara dunia sekaligus menumbangkan juara bertahan Perancis melalui penentuan penalti 4-2.
Maliah Surip
Sun Dec 18 2022


Lagi 100 Hari Nak Ramadan, Khairulaming Dah Bagi Hint! Netizen Tanya, “Okay Dah Boleh Start Prepare Barang Ke Ni?”
Dia mai dah guys mai dah heheh

All Stars Gegar Vaganza: Syafi Tee Belum Move On Dengan Nana, Netizen Siap Jodohkan - “Sepadan, Berlakon Dengan Mader Please”
Memang comel pun Nana dengan Syafi Tee ni kan.

#Travelmana: Amankila Resort Mewah Bali Tempat Nikah BCL, Tiko! Ini Fakta Menarik, Pakej & Harganya
David Beckham, Julia Roberts, Cameron Diaz, Nicole Kidman dan Nicolas Cage pernah menginap di sini.

Astro Paparkan Barisan Bintang Hebat & Tawaran Eksklusif Keluarga
Bintang suku keempat seperti Anna Jobling dan Amir Ahnaf menjanjikan hiburan buat keluarga

"Tiko Hadirkan Semula Senyumanku, Tapi Sakit Ini Tidak Akan Pergi" - BCL
BCL luah isi hari menerusi video pra perkahwinan.

Kantoi Curang, Wanita Hempuk Suami Pakai Dulang! Tapi Netizen Pula Back Up Lelaki - "Sebab Bini Garanglah..."
Dah macam gusti dia buat

The Weeknd Derma RM117 Juta Untuk Gaza
Ia mampu membantu lebih 173,000 warga Palestin untuk tempoh dua minggu.
.png?ext=.png)
Berdosa Ke Tak? Ini Hukum Buang Kucing Dalam Islam
Oh itu hukumnya...

Artis Wanita Kulit Putih Anak Dua Terlibat Aktiviti 'Swinger', Tawarkan Khidmat Seks Dengan Suami Sendiri?
Astaghfirullah!

Samseng Jalan Raya Elak Bayar Tol, Punca Kemalangan! Netizen Berang - "Dia Yang Langgar, Dia Pula Cari Gaduh"
Berlagak samseng