Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Boleh Rasa Degupan Jantung Dia ..." - Lisa Surihani Kongsi Momen Backstage Dengan Yusry Sebelum Konsert GenKRU

Amri Hassan 05/05/2025 | 23:55 MYT
Pelakon dan isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim, Datin Lisa Surihani, berkongsi detik penuh emosi menjelang persembahan Gen:KRU baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di Instagram, Lisa mendedahkan bagaimana suaminya menghadapi cabaran kesihatan dan tekanan emosi sebelum malam konsert bermula.
"Moments before opening. Boleh rasa degupan jantung dia laju. ‘Doakan I yang,’" tulis Lisa, menggambarkan perasaan cemas Yusry sebelum persembahan Day 1 dan Day 2 konsert Gen:KRU pada hujung minggu lalu.
Menurut Lisa, Yusry sebenarnya kurang sihat pada ketika itu namun tetap memberi semangat buat suaminya dan mengalihkan perhatian dengan menunjukkan gambar anak-anak mereka.
"Saya cuma ingatkan dia, buat seperti biasa. Bismillah. Usaha yang terbaik. Yang selebihnya, serah pada-Nya.
“Yang datang dan menyaksikan, mereka tahu. Mereka cinta dan hargai kamu semua,” tambah Lisa.
Lisa turut memaklumkan bahawa keadaan Yusry kini semakin baik dan dalam proses pemulihan sebelum konsert Day 3 berlangsung pada hujung minggu ini.
“Kak Chik tak boleh kongsi gambar lebih, demi menghormati mereka yang belum hadir untuk Day 3. Doakan mereka ya?" tambahnya.
#Konsert #Lisa Surihani #Yusry Abdul Halim #Backstage #GenKRU