Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Boleh Rasa Keikhlasan Arwah Nak Tolong Saya” - Masya Allah, Ramai Tak Putus-Putus Kongsi Kebaikan Siti Sarah!

Hanafis Haris
09/08/2021 05:18 MYT

Awal pagi tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 37, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Khabar duka itu pastinya memberi kesan cukup mendalam khususnya buat mereka yang rapat dengan Allahyarhamah.

Malah, menerusi pemerhatian Gempak, rakan-rakan selebriti tidak henti berkongsi mengenai kebaikan dan amalan Sarah sepanjang dia hidup.

Antaranya berkongsi momen manis termasuklah penyanyi Janna Nick.

Menerusi posting di Instagram, Janna berkongsi perbualannya dengan Siti Sarah yang tampil memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus kuat menhadapi ujian.

“Dia ada untuk saya ketika masa susah. Hatinya sangat baik.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa Siti Sarah dan tempatkan arwah di syurga yang tertinggi,” katanya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Sementara itu, menurut Nabila Huda, dia agak ralat apabila tidak mengetahui yang Siti Sarah sekeluarga telah dijangkiti Covid-19.

“Dah dekat sejam Abil type caption, delete, taip balik, delete, tiba-tiba mengalir je air mata..speechless.

“Kehilangan memang menyakitkan. Nak dijadikan cerita, dah bertahun-tahun kenal,membesar bersama dalam industry ni, baru tahun ni kite selalu communicate.

“Paling ralat, Abil tak tau the whole family positive sebab abil tengok semua swab.

“Hanya tuhan je tau macam mana risaunya abil lepas tahu berita tu sebab kite penah bincang pasal betapa takutnya kite dengan keadaan covid ni.

“Hari ini kita semua kehilangan sahabat, seorang mak dan isteri yang sangat penyayang, seorang bintang yang paling besar, terima kasih sahabatku, tenang lah kau di sana, Al-Fatihah,” katanya.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Seorang lagi artis yang berkongsi kisah adalah [elakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida iaitu Betty Rahmad.

Menerusi posting di Instagram, Betty berkongsi perbualan pertamanya dan yang terakhir bersama Siti Sarah.

“Walaupun kita tak pernah jumpa dan i tak bagi apa-apa kepentingan tapi arwah terlalu baik layan saya dengan ikhlas.

“Saya hanya peminat yang cuba nasib nak bagi favorite singer saya try produk saya.

“Tak sangka dari situ dilayan macam kawan terus. Saya boleh rasa keikhlasan dan kesungguhan arwah nak tolong saya.

“No wonder ramai yang tak berhenti mendoakan arwah. Satu Malaysia terasa. Orang yang baik pasti ramai sayang dan doakan.

“Tenanglah disana. Syurga buatmu Siti Sarah Raissuddin. InshaAllah saya akan cuba tunaikan apa yang u nak and inform Shuib about this,” katanya.

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Terdahulu, penyanyi lagu Semakin itu bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus, semalam.

Namun semalam, ketika majlis bacaan yasin secara maya menerusi aplikasi Zoom, suami Allahyarham, Shuib memaklumkan paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga paras 30 peratus.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan Shuib, tiga cahaya mata mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

#Meninggal Dunia #Mengandung #Shuib #Sarah #SitiSarah
;