Laman Utama
"Boleh Saya Ajar Anak-Anak Kepentingan Pengurusan Kewangan & Melindungi Planet Kita" - Lisa Surihani
Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank melantik Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta HLB yang baharu.
Mengulas tentang pelantikan ini, Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata pihaknya gembira menyambut kedua-dua selebriti itu.
"Sebagai duta HLB, mereka akan membantu kami menjalin hubungan dengan pelanggan dan komuniti secara luas, dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami dengan cara yang bermakna.
"Sebagai artis dan usahawan yang tulus dan berjaya, mereka sentiasa berbakti kepada masyarakat, dan ini mencerminkan ethos bank yang fokus kepada komuniti.
"Bagi kami di HLB, produk, perkhidmatan, dan penyelesaian kewangan kepada pelanggan harus sentiasa bertumpu kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka.
"Kami percaya Lisa dan Alif akan sepenuhnya mewakili nilai-nilai HLB dan menyampainya kepada audiens yang lebih luas," katanya.
Duo ini akan menjadi wajah-wajah pelbagai kempen dan inisiatif bank, kepada pelanggan dari semua segmen.
Lisa kagum proses perbankan mudah dan lancar
Bagi Lisa, dirinya kagum dengan komitmen HLB dalam memperkasakan rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kewangan dengan proses perbankan mudah dan lancar.
"Sebagai seorang ibu dengan anak-anak kecil, saya menghargai sumber-sumber celik kewangan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dikumpulkan oleh HLB di laman web mereka yang saya boleh gunakan untuk mengajar anak-anak saya tentang kepentingan pengurusan kewangan dan melindungi planet kita.
"Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama HLB untuk membantu lebih ramai orang, terutamanya keluarga muda, menguruskan kewangan mereka dan membina landasan kukuh untuk anak-anak mereka," katanya.
Alif Satar celik kewangan dan keusahawanan
Tambah Alif, sebagai individu yang telah mengalami sendiri kepentingan celik kewangan dan keusahawanan, dirinya bersemangat untuk mewakili HLB dalam usaha berterusan untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh semua orang.
"Akses mudah kepada produk dan perkhidmatan ini adalah penting dalam membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka, dan celik kewangan ini membolehkan mereka untuk merancang masa depan kewangan mereka.
"Dengan menempatkan keperluan pelanggan di hadapan, HLB dapat membantu ramai lagi orang meningkatkan taraf hidup mereka dan mencapai matlamat kewangan mereka," katanya.
Video raya HLB
Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, HLB juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk "Gaya Raya Kita".
Video tahun ini menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak. Mereka berkongsi kenangan mereka yang berharga dalam menyambut Hari Raya bersama orang tersayang, haiwan kesayangan keluarga, dan juga ternakan yang dipelihara oleh datuk nenek mereka.
Mereka juga berkongsi bagaimana mereka menggunakan duit Raya mereka: dengan membeli mainan dan pakaian sambil menyimpan baki dalam akaun simpanan.