Program Muzikal Lawak Superstar (MLS2) kini kembali dengan musim kedua.

Untuk kali ini, MLS2 menampilkan dua juri tetap baharu iaitu pelakon Fazura dan Zul Ariffin, manakala Datuk Awie dikekalkan.

Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad pula menggalas tanggungjawab sebagai hos dan bergandingan bersama Elly Mazlein.

Berikut merupakan line up bintang-bintang MLS2:

ABC (Chiwan, Cik B, Achok)



GOJES (Mie Rajalawak, Tauke Jambu, Keena Mentor)



HEART (Azmi Saat, Ezad Lazim, Danial Zaini)


JAGO (Chot, Yus, Fiza Thomas)



JANGGO (Joey Daud, Khir Rahman, Man Rajalawak)



LEKLU (Jaly School of Lawak, Lan Solo, Lewan Lopez)



MASHUK (Achey, Shuk Sahar, Mark Adam)



PUPPET (Sharif Zero, Wan, Rul Puppet)



STAMP (Syura, Tapai Gegar Lawak, Che Mat)



TERUNA (Ilham Abata, Johan As'ari, Din Latah)



UNI (Atu Zero, Fad Bocey, Fakhrul UNIC)



VIRAL ( Ali Puteh, Mamak, Roy Azman)



ZOMBI (Wan Gegau, Ezzlyn, Wan XOXO)



ZUZUZU (Nizam Jentik-Jentik, Fizah Awok, Zahid)


MLS2 bersiaran bermula 18 Disember setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.