“Boleh Tahan Juga Bila Jadi Serius” - Lakonan Joey Dipuji Dalam Arwah Pak Mat Lif & AJK
Bagi yang sudah menyaksikan filem Arwah Pak Mat Lif & AJK pastinya dapat melihat perbezaan karakter yang dibawakan oleh pelawak dan pelakon Joey Daud.
Siapa sangka di sebalik keperibadiannya yang lucu dan terkenal dengan sikap lawaknya, Joey mampu membawakan Nordin dengan baik.
Boleh dikatakan Nordin merupakan karakter yang sangat kontra dengan Joey di mana dia perlu membuang sisi lawaknya untuk menghidupkan ‘Nordin’.
Ternyata usaha Joey berjaya apabila ‘Nordin’ mendapat pujian dan juga komen-komen positif daripada penonton.
BACA: “Bila Tahu Pengarah Dia Khir Rahman Boleh Agak Mesti Padu!” - Arwah Pak Mat Lif & AJK Mantap!
Selain Joey , Arwah Pak Mat Lif & AJK menampilkan barisan pelakon seperti Ropie, Tauke Jambu, Jalil Hamid, Anas Ridzuan, Man Raja Lawak, Sathia, Douglas Lim, Wan Gegau, Nizam Jentik-Jentik, Souya, Che Mat, Kimmy Low, Shendo Kiut, Shiela Mambo dan Wafariena.
BACA: Filem Arwah Pak Mat Lif & AJK, Kisah Lucu Komuniti Flat! Memang Lawak Habis - “Lif Rosak Satu Hal”
Filem Arwah Pak Mat, Lif & AJK terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini dibawa terus ke Pawagam Rumah Anda, oleh Astro Shaw menerusi Astro First, saluran 480.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.