Pelakon dan hos Muzikal Lawak Superstar, Nabila Huda menarik perhatian netizen apabila sukar menghafal cara undian untuk program berkenaan.

Gelagat lucu Nabila yang gagap dan terlupa setiap kali diminta untuk memberitahu cara undian membuatkan netizen terhibur.

Malah gaya spontan Nabila yang yakin menyebut bilangan undian bintang program berkenaan dengan jumlah yang salah juga mencuit hati netizen.

Malah dilaman sosial juga, netizen akui menyukai cara Nabila menjadi pengacara selain memberikan komen positif kepadanya.

“Sampai tersasul cakap tu hahah lawak. Hos lagi lawak dari pelawak. Tapi steady! Macam ni la raingers,” komen @betokusyafiq

“Hahaha jangan lupa hafal part cara-cara undian. Hahahah can’t wait to see you guys next week. All the best,” tulis @iamazuraazmeir

“Selalu Jihan yang banyak cover Nabil... Sekarang baru rasalah Nabil kena cover Abil hahahaha. Tak sempat dia nak berlawak Abil kasi bertalu-talu, lol lepak ah korang,” puji @ctiryati

Selain Abil, Nabil Ahmad juga merupakan gandingan hos untuk program berkenaan.

Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu.

Program ini bersiaran langsung secara eksklusif setiap Jumaat dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Cara mengundi:

1.Undian boleh dilakukab di gempak.com/muzikallawaksuperstar

2.Taip MLSNAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20)NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.