Memang seronok sebenarnya jika kita mempunyai ramai adik-beradik.

Sekurang-kurangnya, ada kawan untuk bermain, lebih-lebih lagi ketika sedang membesar di zaman kanak-kanak.

Cuma, apabila menjadi satu-satunya anak lelaki atau perempuan dalam keluarga, mungkin tiada 'kawan' yang sama yang boleh dijadikan 'geng'.

Situasi itu turut berlaku dalam keluarga pelakon Memey Suhaiza yang berkongsi mengenai permintaan anak lelakinya yang mahukan adik perempuan lagi.

Menurut Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, anaknya itu kasihan apabila adik bongsunya tidak ada kawan perempuan untuk bermain sama.

"Anak bujang mummy, @awishzarisz mereka buat permintaan boleh tak mummy bagi satu lagi girl (adik perempuan) sebab nanti ada yang boleh layan main pondok-pondok dengan @mikayladelishahakim," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Memey turut memuat naik foto anak lelakinya yang sedang memeluk adik perempuannya ketika berada di laman.

Anak bujang mummy.. @awishzarisz Dia org request.. Boleh tak mummy bagi 1 lagi girl sbb nanti ada yang boleh layan main pondok2 dgn @mikayladelishahakim ..?? . . Ps: kalau cari balm utk kegunaan anak3 , jgn lupa cari @babybalmbam.hq tau.. mesti anak suka..sbb bau wangi,pakai best, lega selesa?

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on


Di ruangan komen, rata-rata menyifatkan tiada halangan untuk Memey menambah cahaya mata berikutan usianya yang masih muda.

Begitupun, jelas Memey, dia perlu menunggu jarak masa sesuai dengan anak bongsunya yang baru berusia dua tahun.

"Jap rileks kejap.

"Bagi Mikayla besar sikit," responsnya kepada pengikutnya.

Sebelum ini, Memey juga pernah memaklumkan hasratnya yang mahu menambah tiga orang lagi cahaya mata sebelum usianya mencecah 40 tahun.

BACA: Memey Suhaiza Nak Tambah Tiga Orang Anak Sebelum ...

Bahkan, Memey pernah disangka sudah berbadan dua selepas suaminya memaklumkan dirinya mengidam makanan Jepun.

BACA: "Wah, Nak Ada Baby Lagi Ke?" - Memey Suhaiza Disangka Mengandung, Ini Penjelasan Norman Hakim...

Memey mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.