Hiburan
"Boleh Tak Saya Jadi Penyanyi Yang..." - Haqiem Rusli Throwback Gambar Sebelum Popular!
Penyanyi muda, Haqiem Rusli, 21, menarik perhatian netizen apabila memuat naik foto ketika zaman memulakan kerjaya sebagai penyanyi.
Gambar yang dimuat naik menerusi satu posting Instagram itu memaparkan Haqiem sedang bermain gitar.
"Boleh tak saya jadi penyanyi yang menghiburkan awak dengan muzik saya satu hari nanti," tulisnya di gambar tersebut.
Sehingga kini, posting berkenaan menerima sebanyak 28,029 likes.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menyifatkan segala impian Haqiem kini telah tercapai.
Tidak kurang juga rakan artis yang memberi kata-kata semangat seperti pelawak, Fad Bocey.
"Impian jadi kenyataan, proud of you brother," kata Fad.
Anda boleh lihat antara komen-komen di bawah.
Untuk rekod, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli mula dikenali ramai apabila menjadi naib juara pertandingan nyanyian kanak-kanak Idola Kecil musim pertama pada 2008.
Nama Haqiem kemudian semakin disebut-sebut apabila lagunya menjadi siulan ramai disamping meraih pelbagai anugerah.
Antara lagu yang hit adalah Segalanya, Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan banyak lagi.
Must-Watch Video