“Boleh Tak Sesiapa Tolong Rawat” - Suara Masih Padu Tapi Badan Zamani Makin Membengkok, Peminat Risau
Mya Amri
25/04/2022 08:53 MYT
25/04/2022 08:53 MYT
Keadaan fizikal terkini penyanyi Zamani Slam amat membimbangkan peminatnya.
Ini berikutan satu video tular yang merakamkan struktur fizikal Zamani semakin berubah di mana bahagian belakangnya kelihatan semakin melengkung atau membengkok.
Menurut perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut, Zamani membuat persembahan untuk sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Video tersebut merakamkan Zamani sedang menyanyi sambil duduk di atas sebuah kerusi yang disediakan sebelum berdiri untuk menghabiskan persembahannya.
Walaupun keadaannya agak merunsingkan peminat namun suara Zamani masih lagi merdu sama seperti dahulu.
undefined
Dalam pada itu, pemilik video berkenaan juga menyatakan Zamani memohon maaf kerana kondisinya tidak seperti dahulu untuk membuat persembahan.
Bagaimanapun rata-rata netizen dan peminat berharap ada pihak yang sudi untuk memberikan rawatan kepada Zamani.
Terdahulu, Zamani sebelum ini pernah memaklumkan mengalami masalah tulang belakang sejak beberapa tahun lalu.
Namun terpaksa menghentikan rawatan tulang belakangnya pada Mac tahun lalu berikutan kos rawatan yang tinggi.