Laman Utama

Bolehkah Jarum Susuk Dikeluarkan? Ini Tiga Fakta Tentang Susuk Dari Segi Journal Perubatan

gempak
Mya Amri
01/08/2023
16:00 MYT
Sponsor Banner
Bolehkah Jarum Susuk Dikeluarkan? Ini Tiga Fakta Tentang Susuk Dari Segi Journal Perubatan
Sebut sahaja tentang susuk, sudah pasti secara tidak langsung ramai mengetahui ia merupakan sejenis azimat atau amalan terkenal sejak dahulu lagi.
Ini kerana susuk dipercayai dapat membuatkan seseorang menjadi awet muda, menambahkan kecantikan, kesihatan dan kesejahteraan.
Difahamkan juga jarum susuk atau charm needle adalah salah satu ritual unik masyarakat di Asia Tenggara.
Dari segi pandangan perubatan pula, Public Health Malaysia ada berkongsi beberapa fakta tentang susuk sebagai info buat masyarakat.
1. Penemuan jarum susuk kebiasaannya adalah secara tidak sengaja apabila menjalani X-tray yang dibuat untuk prosedur pergigian atau kemalangan.
2. Dalam journal perubatan, tidak ditemui mana mana pesakit yang mengalami komplikasi akibat jarum sususk.
3. Jarum susuk pernah dikeluarkan melalui prosedur perubatan yang mudah. Ultrasound dilakukan untuk mengesan lokasi jarum, pembedahan kecil dilakukan untuk mengeluarkan jarum emas dengan mudah. Diharapkan perkongsian daripada Public Health Malaysia ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat masyarakat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live