Hiburan

Bom Perang Dunia Kedua Ditemui, Penggambaran Filem Marvel Terhenti

Asraf Aided
07/11/2019
08:14 MYT
Aktres popular Hollywood, Angelina Jolie dan beberapa pelakon serta krew produksi penggambaran filem Marvel, The Eternals mengalami detik cemas apabila sebuah bom yang masih aktif ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan.
Memetik laporan Calgary Herald, semua pelakon dan krew yang menjalani penggambaran di Pulau Canary itu telah dibawa ke tempat yang lebih selamat dan proses penggambaran telah dihentikan sementara waktu.
Pihak produksi juga telah mendapatkan beberapa pakar untuk mengenal pasti dan memeriksa keadaan bom tersebut.
Dipercayai, bom itu telah digunakan ketika perang dunia kedua oleh golongan Nazi yang pernah bertapak di pulau terbabit.
Angelina memegang watak sebagai Thena dalam filem yang dinanti-nantikan oleh penggemar Marvel ini.
The Eternals turut dibintangi oleh Richard Madden, Salma Hayek, Ma Dong-Seok, Lauren Ridloff dan ramai lagi.
Sumber : Calgary Herald
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

“Ahli Sihir Diberi Gelaran Doktor? Nampak Tak?” - Teori Konspirasi Dah Muncul, Persoal Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness

gempak
10/05/2022
05:15 MYT
Terbitan Marvel Studio iaitu Doctor Strange in the Multiverse of Madness antara yang menjadi mangsa.
Laman Utama

Bintang Marvel, Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kecelakaan Bermain Ski

gempak
20/01/2022
01:21 MYT
Dia meninggal di hospital