VIRAL
Bomba Halau Pocong Bertenggek Atas Pokok
Pasukan bomba dan penyelamat di Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat berdepan detik seram apabila diminta untuk menghalau entiti didakwa pocong yang bertenggek di atas sebatang pokok, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @sonistiawan.com menunjukkan seorang anggota bomba berdiri di atas jentera lalu menyemburkan air pada pohon yang tinggi, waktu tengah malam.
Proses ‘pengusiran’ itu dilakukan selepas mereka menerima panggilan kecemasan daripada warga setempat mengenai penampakan makhluk halus di atas pohon tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sampai alam lain bomba sanggup tolong,” kata seorang netizen.
“Bukan halau pocong dengan ayat kursi tetapi halau dengan siram air,” kata pengguna media sosial lain.
Sumber: Kosmo!Must-Watch Video