HIBURAN
Bonda Rozita Bela Anjing K9 Demi Keselamatan Ladang, Patuh Garis Panduan Agama - “Selepas Uruskan, Suami Akan Mandi Air Tanah Sertu…”
Usahawan dan pengasas jenama kecantikan tersohor, Rozita Ibrahim memaklumkan dia kini membela dua ekor anak anjing jenis K9 yang lazimnya digunakan oleh pihak berkuasa dalam operasi pencarian dan keselamatan.
K9 untuk jaga ladang
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Rozita atau lebih mesra dipanggil Bonda menjelaskan tujuan utama memelihara haiwan tersebut adalah untuk menjaga keselamatan kawasan ladang miliknya yang terletak di puncak hutan.