Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bono Tak Suka Suara & Nama Kumpulan Sendiri, U2

Maliah Surip
19/01/2022 14:45 MYT
Vokalis terkenal Bono, mengaku beliau tidak menyukai nama kumpulan muzik mereka yang cukup berpengaruh di seluruh dunia, U2.

Menerusi wawancara bersama The Hollywood Reporter, Bono mengatakan biar banyak menghasilkan lagu hit dan bersama anggota kumpulannya selama 46 tahun, beliau masih sukar menerima hakikat mampu ‘bertahan’ dengan jenama U2.

“Saya tak suka dan masih tidak suka. Mungkin saya seorang dyslexia yang lambat untuk menerima sesuatu,” katanya.

Bono kemudian menambah: “Dalam fikiran saya ia sepatutnya menjadi sebuah nama yang lebih futuristik. Tapi akhirnya ia menjadi lain. Ya, saya masih tidak menyukai namanya (U2).”

Menurutnya lagi nama U2 diberikan oleh pengurus pertama, Paul McGuinness yang meyakinkan mereka ia sebagai sebuah nama yang hebat dan akan kelihatan menarik jika dicetak di atas cenderahati atau baju.

Dalam wawancara sama. Bono turut mengaku sukar menerima bunyi vokalnya sendiri, terutama dalam album pertama mereka, Bono.

Beliau berpendapat suaranya tidak kedengaran macho dan agak ‘kering’.

“Saya ingat lagi waktu itu sedang dalam kereta saat mendengat lagu kami di corong radio. Saya sangat malu dengan mutu suara sendiri,” akuinya lagi.

Kredit Foto: CNN

#Hollywood #muzik #Suara #“Bono” #U2