Hiburan
Borong Sampai 20 Helai, Jual Balik Harga Lagi Tinggi...Baju Billie Eilish Ini Cetus Kemarahan Netizen
Isu jualan balik sesuatu barangan dengan harga lebih tinggi kembali menjadi topik perbualan panas di media sosial.
Kali ini ‘mangsanya’ adalah baju edisi terhad penyanyi terkenal Billie Eilish.
Difahamkan baju tersebut dijual sekitar RM59, namun telah dinaikkan harga oleh sesetengah 'seller' ini sebanyak dua kali ganda.
Malah, ada juga yang menjual dengan harga jualan yang lebih tinggi daripada itu.
Namun, apa yang lebih membuatkan kebanyakan netizen geram ada sesetengah 'seller' memborong baju edisi terhad itu hingga menyebabkan beberapa saiz kehabisan stok.
Malah, ada juga 'seller' memuat naik gambar mereka yang beratur seawal lima pagi untuk membeli 20 helai baju tersebut.
Anda boleh lihat antara keluhan netizen di bawah.
Difahamkan, ketika ini masih banyak lagi baju tersebut dijual secara atas talian daripada pusat pakaian tersebut.
Oleh itu, orang ramai tidak perlu terburu-buru atau beratur panjang khususnya ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!