Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin membuatkan anda rasa lemah dan tidak bersemangat di rumah. Tahukah anda, dengan senaman mudah ianya dapat mengembalikan mood anda.

PKP juga membuatkan kita makan lebih banyak daripada biasa. Setiap masa kita akan menuju ke dapur untuk mencari kudapan dan sebagainya. Rasa sedikit berisi? Anda perlu seimbangkan pemakanan dan senaman.

Lemau dan bosan kerana asyik berkurung? Bersenam boleh membantu anda mencergaskan minda dan membuatkan anda rasa gembira dan tenang.

Teringin untuk membeli baju yang anda sukai tetapi bimbang tidak muat? Dengan senaman, anda bukan sahaja akan menjaga kesihatan diri, tetapi juga mampu mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Terlalu banyak kebaikan bila anda bersenam. Kalau dulu mungkin anda tidak dapat melakukannya kerana tidak punya cukup masa, tetapi sekarang anda ada masa! Gunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk anda bersenam di rumah.

Tidak tahu bagaimana caranya? Kami cadangkan 5 aplikasi senaman yang anda boleh muat turun daripada HUAWEI AppGallery untuk memudahkan anda!

1. Fit Workout



Antara aplikasi senaman yang paling diminati. Fit Workout menyediakan lebih daripada dua ratus kursus kecergasan, termasuklah meningkatkan otot, mengurangkan lemak, HITT, Tabata dan pelbagai lagi.

Dua ratus kursus ini mengandungi lebih enam ratus postur kecergasan. Ianya membolehkan anda melihat pelbagai variasi dan belajar membentuk postur yang betul daripada video yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

2. 30 Days Fitness Challenges



Bersenam di rumah amat sesuai untuk semua orang dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. 30 Days Fitness Challenge adalah aplikasi yang hasilkan oleh jurulatih-jurulatih kecergasan profesional.

Ianya membantu anda untuk bersenam secara saintifik dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal anda. Teruskan bersenam dan anda akan dapat keputusan yang mengejutkan!

3. 7 Minute Workout



Senaman pantas yang anda boleh lakukan di mana sahaja dan hanya mengambil masa 7 minit. Senaman 7 minit ini pernah diuar-uarkan dalam The New York times sebagai senaman “Keputusan yang maksima dengan pelaburan yang minima’.

HICT (high intensity circuit training) terbukti menjadi cara paling ‘selamat, paling efektif dan paling efisien’ untuk memperbaiki kecergasan. Aplikasi ini hanya mempunyai 12 latihan senaman yang dilakukan hanya 30 saat setiap satu, dengan 10 saat masa rehat selepas setiap senaman.

Anda hanya perlukan kerusi dan dinding. Ulang latihan 2-3 kali mengikut masa yang anda ada.

Jadikannya aplikasi kecergasan pilihan utama anda di rumah atau di tempat kerja.

4. Personal Workout Trainer



Aplikasi yang merekodkan keseluruhan latihan kecergasan anda. Dengan sistem yang terkini, bersenam tidak lagi membosankan dan ia membantu memberikan motivasi kepada diri anda sendiri.

5. Keep-Home Workout Trainer



Aplikasi Keep-Home mempunyai rangkaian kursus kecergasan yang tidak terkira banyaknya seperti Latihan Sendiri, Latihan Mesin, Yoga, Berlari, Berjalan, Berbasikal dan bermacam-macam lagi.

Keep-Home membolehkan penggunanya bersenam pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Keep-Home menyimpan rekod progres anda dengan tepat, dan boleh membantu anda memilih pelan untuk mencapai matlamat anda sama ada untuk mengurangkan berat badan atau menambahkan otot-otot. Aplikasi ini sangat berguna ketika anda tidak boleh keluar untuk berjoging mahupun ke gimnasium.

Kesemua aplikasi ini adalah percuma untuk di muat turun di HUAWEI AppGallery, jadi tidak ada masalah jika anda ingin memuat turunnya. Sebenarnya, HUAWEI AppGallery kini mengandungi kebanyakan aplikasi yang sering digunakan oleh orang Malaysia, seperti WhatsApp, Facebook, WeChat, TikTok, Lazada, Touch n’go, zalora, shopee dan banyak lagi. HUAWEI AppGallery dijamin selamat dan dilindungi ciri-ciri keselamatan yang terkini dan canggih.

15 Professional Workout Mode



Menggunakan teknologi terkini dan tercanggih, HUAWEI WATCH GT 2e menyediakan ketepatan serta masa-sama untuk mendapatkan data untuk 15 sukan profesional termasuklah memanjat, berlari, berenang dan berbasikal.



Ia menyokong sistem kedudukan GPS dan GLONASS untuk menjejaki laluan dengan teliti ketika melakukan kecergasan di luar. Untuk maklumat lanjut, layari https://shop.huawei.com/my/product/huawei-watch-gt-2e



Dapatkan HUAWEI WATCH GT2e sekarang pada harga RM599 sekarang.



Belikan HUAWEI Siri P40 untuk fotografi yang terhebat dan sambungan yang lebih baik pada harga bermula daripada RM2,799.



HUAWEI MatePad Pro yang dilengkapi dengan paparan FullView 10.8 inci dan Kirin 990 flagship chipset, yang memberikan anda pengalaman menakjubkan sama ada untuk bekerja atau bermain pada harga RM2, 399 sekarang.

Layari Kedai dalam talian HUAWEI dan dapatkan semua peranti HUAWEI ini!



Terokai kehebatan AppGallery dengan pelbagai aplikasi PERCUMA yang tersedia untuk anda. Lebih selamat, lebih storan dan lebih ganjaran.

Maklumat lanjut https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/