TERKINI

Bosan Di Rumah? Tak Perlu Risau, Astro GO Beri Tontonan Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia

ZULHILMI JALIL 21/03/2020 | 12:09 MYT
Orang ramai kini boleh menikmati hiburan dengan menonton program-program menarik secara percuma menerusi aplikasi Astro GO.

Menerusi Astro GO, anda berpeluang menyaksikan cerita-dan program kegemaran anda di 22 buah saluran dengan hanya memuat turun aplikasi tersebut di telefon pintar anda.

Anda hanya perlu log masuk ke Astro GO dan menyaksikan saluran-saluran Astro secara komplimentari termasuklah program On Demand di peranti mudah alih sehingga 31 Mac 2020.

Ikuti liputan berita terkini di Astro Awani dan Bernama TV, atau beli-belah di GO SHOP sementara anak-anak melayan program di Cartoon Network atau mengulangkaji pelajaran bersama Astro Tutor TV.

Peminat tegar acara sukan dan eSports just boleh dapatkan perkembangan sukan di Arena dan eGG.

Saksikan program-program popular seperti Dua Takdir Cinta, Happy Prince, All is Well, Travel for Love, Allungal Vellungal, Rajiniyudan Naan dan banyak lagi di kesemua 22 saluran percuma di Astro GO:


Bukan pelanggan Astro boleh ikuti langkah-langkah yang berikut:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Astro GO di App Store atau Google Play
Langkah 2: Pilih ‘Non-Astro Customer’
Langkah 3: Tetapkan ID anda
Langkah 4: Sahkan ID anda dengan masukkan kod 6 angka yang telah diemel kepada anda

*Pelanggan Astro boleh memilih ‘An Astro Customer’, log masuk dan hubungkan akaun Astro anda dan terus strim pakej langganan anda.

Untuk menggunakan Astro GO di komputer riba/meja, layari astrogo.com.my dan ikuti langkah-langkah yang sama di atas. Untuk maklumat lanjut tentang akses komplimentari Astro GO, layari www.astro.com.my.
#Percuma #Astro Go #Perintah Kawalan Pergerakan