Negara kita sudah memasuki hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bakal berjalan sehingga 31 Mac ini, semua diminta untuk meluangkan masa di rumah dan mengehadkan aktiviti di luar rumah.

Semuanya demi mengekang wabak COVID-19 dari terus merebak dalam kalangan penduduk tempatan.


Ha, untuk anda yang bosan duduk di rumah, apa kata anda layan web series terbaru di saluran YouTube eGG Network yang berjudul Bangkit!

Bangkit berkisar mengenai kisah seorang pemain Mobile Legend, Johan yang sedang berada dkemuncak kerjayanya dalam dunia e-sukan.



Masalah dalam hubungan cinta serta peminat toksik membuatkan Johan kehilangan fokus.

Perkara terbabit membuatkan kariernya musnah apabila Johan tak tentu arah serta hilang kedudukan dalam kumpulan e-sukan yang disertainya.


Dek kerana kejadian itu, Johan kembali ke kampung halaman dan membina semula kehidupannya.

Adakah dia dapat meraih kembali kejayaan yang pernah dirasanya sebagai salah satu pemain e-sukan terbaik di Malaysia?

Ha, jangan lupa tonton web series tujuh episod Bangkit untuk mengetahui perjalanan hidup Johan!


Tiga episod pertama sudah pun dimuat naik di saluran YouTube eGG Network dan episod terbaru Bangkit bakal bersiaran setiap minggu, jangan lupa saksikannya!

Episod akhir Bangkit bakal bersiaran semasa pusingan playoffs 'Mobile Legend: Bang Bang Professional League Malaysia/Singapore' yang dijadualkan berlangsung pada 18 dan 19 April ini.